Back to Top

Kamila CRF


APAKAH KAMILA CRF?

KAMILA CRF (Controlled-Release Fertilizer) adalah Baja Lepas Terkawal yang diru,us khas untuk tanaman sawit dan buah-buahan ditanah tropika. Baja jenis terkawal ini mengandungi nutrient makro dan mikro secara seimbang adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia melalui Teknologi Agglomerasi Salut Polimer ( Polimer Coated Agglomeration Technology (PCAT), patent : PI 2010003922) dari Jerman bagi meningkatkan serapan nutrient secara efisien oleh tanaman serta mengurangkan proses kehilangan baja akibat hujan lebat.


Inovasi baja KAMILA CRF telah Berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) tanaman sawit sehingga 30% berbanding baja biasa daripada kajian saintifik di ladang yang telah dijalankan bersama pakar runding dari Universiti Putra Malaysia (UPM) di Ladang Palong dari tahun 2002-2008.
POTENSI KAMILA CRF TERHADAP PENCEGAHAN PENYAKIT GANODERMA 
(Patent : PI 2010003921)



Kajian saintifik melaporkan nutrient-nutrien mikro terpilih bukan sahaja meningkat hasil berat tandan segar (BTS) tetapi juga boleh meningkatkan kandungan lignin dalam pokok sawit. Dalam tanaman, lignin terdapat disekeliling dinding sel xylem. Lingin ini akan menambahkan kekuatan pada dinding sel dan bertindak sebagai perisai bagi mengurankan serangan kulat terhadap tisu tanaman.
Nutrien mikro terpilih yang terdapat dalam baja KAMILA CRF berupaya meningkatkan proses biosintesis lignin dalam tanaman bagi mengurangkan serangan penyakit ganoderma (Patent : PI 2010003921). Kesan positif ini hanya akan diperolehi jika baja KAMILA CRF digunakan secara berterusan bagi pembentukan semula bahan lignin dalam batang dan akar pokok sawit.


PERLEPASAN NUTRIEN SECARA TERKAWAL



Kebanyakan baja NPK yang digunakan diladang sawit sering mengalami kehilangan nutrien yang serius melebihi 60% dalam keadaan hujan lebat (>34mm) dalam masa 1-2 hari. Ini akan menyebabkan pokok tidak dapat menyerap sepenuhnya baja yang dibekalkan kerana hilang dan mengakibatkan hasil yang rendah walaupun pokok telah dibaja.

Keistimewaan teknologi baja KAMILA CRF ini adalah kerana ianya larut dalam air secara terkawal di mana nutrien dilepaskan
kepada  akar dalam tempoh 2 bulan iaitu seiring keperluan fisiologi pokok sawit bagi memberi masa yg cukup untuk akar
mengambil nutrien secara efisien dan efektif. Penggunaan Teknologi Agglomerasi Salut Polimer dari Jerman berupaya mengurangkan
proses larut lesap dan kehilangan nutrien akibat larian permukaan kerana partikal baja disaluti oleh jaringan polimer
bersifat "hydrophobic" (nyah air) yang melarutkan nutrien secara terkawal.


KELEBIHAN KAMILA CRF


i. Meningkatkan aktiviti enzim-enzim tanaman
ii.Meningkatkan kadar fotosintesis
iii.Meningkatkan kesuburan debunga
iv.meningkatkan berat dan bilangan tandan
v.meningkatkan kadar perahan minyak(O.E.R)
vi.Mengandungi nutrien-nutrien makro dan mikro
vii.Mengurangkan penyakit ganoderma
viii. Mengurangkan kehilangan nutrien akibat hujan lebat
ix.Menambahkan pendapatan petani berganda.

Leave a Reply